BP IIUM GEMILANG


 
PortalHomeGalleryFAQRegisterLog in

Share | 
 

 Kekalkan cintaku kepada mereka berdua..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
engku
Senior
Senior
avatar

Number of posts : 19
Points : 6321
Registration date : 2009-03-17
Age : 31
Location : Siddiq C4.2

PostSubject: Kekalkan cintaku kepada mereka berdua..   Sun Aug 09, 2009 2:16 am

Assalamualaikum…..

salam perjuangan kepada semua teman-teman di mana pun kalian berada…Sebuah bingkisan hatiku,buat inspirasi teman-teman seislam dan seluruh insan yang sedang menggapai ketenangan hidayah dariNya….InsyaAllah..

“ Bingkasan hatiku buat kedua orang tuaku di kampung..” Ya Allah; Pimpinlah diriku,Ya Allah,hatta sekadar kerlipan kelopak mataku…..Wahai Tuhanku;aku senantiasa melakukan dosa padaMu…Ampunkanlah daku,Ya Allah…Siapalah daku di depanMu;Ya Alah;ku mohon bebanyak keampunan buat kedua ibu bapaku…..yang sanggup bersusah payah mendidikku…kepada ayahku,yang selalu menyuruhku ke surau…..namun,aku sering membuat tidak endah saja…maafkan abang,ayah…"

Sewaktu di hospital dulu,kau selalu menemaniku ayah….bergiliran dengan ibu di wad pesakit buah pinggang.Tatkala waktu solat tiba,kalian bergiliran solat di bahagian pesakit anemia;di suatu sudut yang agak lapang.Sering juga,kau luahkan padaku;betapa besarnya penderitaan mereka;anak-anak kecik penghidap anemia.Hanya hidup dan mati jadi taruhan…Allahuakbar…Sungguh hebat dugaan dan cubaan daripada Mu….

Tatkala demam UPSR melanda kegusaran mindaku,aku bawa semua buku yang tebal-tebal dan letak bawah bantal di wad hospital….-Masih terngiang-ngiang suatu nasihat daripada jururawat; ”Apelah adik ni,letak buku tebal-tebal kat bawah bantal… Tidur,sakit kepala.” “Abang jie,bukannyer masuk ilmu tu,kalau letak bawah bantal,” begitulah keluhan kecil ibuku yang tercinta.

Mak;sebelum abang berlepas ke luar negara; mak buat karipap segera dengan banyak sekali…. Benar;kini baruku mengerti jerit perihmu untukku. Belanja untuk ke airport(KLIA),belanja minyak kereta;begitu banyak terpundak di bahu kalian,ibu dan ayahku…….. Ibu;maafkan daku,andai aku tidak menghargai jasamu…….Andai aku bersuka ria di rantau orang,tatkala dirimu merintih kesusahan…………..Maafkan anakmu ibu.

Mak,terima kasih banyak-banyak dengan ikan kering dan ikan bilis yang banyak kau bekalkan kepadaku untuk ke luar negara.Mungkin bagi orang lain…,harga ikan bilis dan ikan kering tidaklah seberapa mana………Mungkin kek coklat lagi mahal…..burger KFC lagi sedap….Namun,aku sedar,dalam diam kau bekalkan kesemuanya padaku saat hari-hari terakhir di kampung….Selalu pesanmu padaku;“Abang jie,gune duit elok-elok,jangan buat belanja benda yang bukan-bukan.Mak tak mampu nak hantar……”.

Mak,akanku semat nasihatmu sampai bila-bila……”Mak,lepas abang jie belajar,abang jie nak hantar mak ayah ke Mekah….ngan duit yang abang jie kumpul…..InsyaAllah……Mak….,doakanlah sekali yer……” Tapi,andai kata mak ayah pergi dulu;abang jie kenelah pasrah…..Mak ayah pun pinjaman dari Dia….Kalau Dia ambik mak ngan ayah dulu,mungkin Dia lebih sayangkan mak ayah daripada abang jie….

Mak ayah,abang jie akan belajar sungguh-sungguh…..InsyaAllah……Sekarang abang jie dah masuk 20 tahun….Kalau kat Jepun,20 tahun,barulah dapat buat hanset…..dah jadi orang dewasa….dah matang dan dah mampu berfikir sendiri…….Namun,hakikatnya…..dah 20 tahun,aku habiskan umurku…habiskan usiaku di dunia ciptaanNya……Ya Allah,indahnya alam ciptaanMu,hamparan pepasiran yang tidak berpenhujung……kemegahan awangan serta binaan langitMu….kukuh terpasak…..Namun,sering kali,ku melupaiMu…..

Ya Allah,betapa banyaknya nikmatmu buat diriku..Namun,seringkali,tatkala ku berbicara pada diri;sejauh manakah sumbanganku untuk islam…..?....aku…..tak….tak…mampu menjawab…… Ya Allah….pimpinlah daku,Ya Allah…..aku hambamu yang mudah alpa…bimbinglah daku dalm menghadapi nafsuku….Ya Allah…daku hambamu yang kerdil….SubhanaAllah……

Ayah…..ingin sekali di kesempatan ini,ku lakarkan penghargaan buatmu.Ingin sekali ku luahkan rasa terima kasih yang amat sukar untuk dilafazkan….Ayah,besarnya pengorbananmu buatku…Ingin sekali ku lahirkan kekaguman buat dirimu,ayah….'Mohd Nor Bin Ismail';nama yang cukup indah:yang diberikan oleh arwah datukku dan nenekku….Sering ungkapmu;Ibu seorang boleh menjaga 10 orang ank-anaknya dengan baik,namun…..10 orang anak belum tentu lagi dapat menjaga seorang ibu……”

Kini,walaupun nenekku telah hampir lupa akan segala-galanya,namun bagi ayahku,menjaganya adalah satu kewajipan…memandikan dan segala-galanya…Tidak mampu ku bayangkan,betapa besarnya kasih sayangmu…Aku berdoa kepadaNya,andai masa meniti usia;aku mampu menjagamu ayah dan ibuku…InsyaAllah……

Banyak sangat kata-katamu padaku…..Ingin sekali ku kongsikan pada yang sudi mendengar coretan ini……Pernah katamu,ayah;”Didiklah adik-adikmu…….Janganlah senantiasa memikirkan tentang diri sendiri…..Walaupun kau dah berjaya sehingga dapat merantau ke rantau orang;namun selalulah bertanya khabar tentang adik-adikmu….Cubalah,andai dibayangkan…….abang jie jadi seorang engineer yang bergaji besar,berkereta mewah dan berkeluarga bahagia;sedangkan ada adikmu yang hidup merintih…..apakah sumbanganmu?......Adakah keluargamu lebih penting dari adik-beradikmu…..?” Sungguh dalam pengertiannya…..

Akan ku ingat selalu,ayah…..Arigatou mak;”Shamsiah Bt Mamat”;nama yang cukup indah buat diriku….InsyaAllah….

Moral kepada teman-teman..:
(1)Selalulah melihat wajah ibu ayah….kalau ada meja stdy sendiri,boleh arr letak gambar keluarga ….selalulah merenung wajah mereka…..~dapat pahala tu...dan dapat naikkan semangat nak belaja….InsyaAllah…bila teringatkan pengorbanan mereka…..jangan ingat homesick…
(2)Latihkan diri supaya senantiasa mendoakan kebahgian ibu bapa di setiap waktu solat…~pesanan buat diriku,terlebih dahulu
Back to top Go down
 
Kekalkan cintaku kepada mereka berdua..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
BP IIUM GEMILANG :: Sharing Section :: Sharing Story-
Jump to: